Top of page

Friday, May 14, 2010

Jenis-jenis Xbox360® (Shorten Malay version of Xbox360 types)

Link us to: http://snipurl.com/w88w8



(12:33:37 AM) steven:


(12:33:45 AM) steven:







Dalam Xbox360, terdapat lima jenis Xbox360 yang terdapat dan juga tiada dalam pasaran. Xbox360 yang masih dalam pasaran ialah Xbox360 Arcade, Xbox360® Elite, dan Xbox360 250Gb Elite. Yang tiada dalam pasaran ialah Xbox360 Core dan Xbox360® Pro / Premium.


Xbox 360 Core adalah model pertama Xbox 360. Pada awalnya ia tidak terdapat di Jepun, tetapi kemudian dibebaskan pada 2 November 2006. Pada bulan Oktober 2006, sokongan 1080p telah ditambah untuk semua model, termasuk Xbox360 Core.

Xbox 360 Pro atau Premium mempunyai semua fungsi Xbox360 Core termasuklah komposit Hibrid. Model ini juga termasuk Hard Disk Drive yang boleh ditanggal untuk menyimpan kandungan yang didownload. Pada bulan Julai 2007, versi Xbox 360 ini muncul dengan motherboard zephyr iaitu motherboard yang digunakan dalam Elite yang menampilkan output HDMI 1.2 dan heatsink GPUnya ditingkatkan. Pada akhir September 2007, sistem terkini yang dihantar dengan motherboard baru Falcon. Motherboard ini merangkumi CPU 65nm baru, membuat CPUnya lebih sejuk berbanding dengan sistem lama. Pada tarikh 1 Ogos 2008, 20 GB versi dihentikan dan digantikan oleh model 60 GB HDD dengan harga yang sama. Pada tarikh 4 September 2008 model ini mengalami penurunan harga dari $ 349 sampai $ 299. Xbox 360 Pro akan dijual untuk $ 249 sehingga habis dijual.

Pada tarikh 23 Oktober 2007, Xbox360 Arcade telah menggantikan Xbox360 Core dan menjualnya dengan harga $ 279. Xbox360 ini dirasmikan dam juga mengumumkan tarikh keluar pada tarikh 22 Oktober 2007. Model ini mempunyai kawalan wayarles, komposit kord AV, 1.2 HDMI output, dan cip memori dalaman 512MB. Pada 4 September 2008, potongan harga Arcade jatuh dari $279 sampai $ 199.

Xbox 360 Elite adalah model yang kedua yang paling mahal. Model ini merangkumi 120 GB hard drive. Paket Elite juga termasuk kawalan wayarles dan alat dengar. Pada awalnya, model Elite ini dihantar menggunakan motherboard zephyr, walaupun model kemudian menggunakan Falcon chipset 65nm. Pada 2009, model Elite menggunakan chipset Jasper telah sedia. Pada tarikh 4 September 2008, harga Elite itu dipotong dari $449 sampai $399. Pada Mei 2010, harganya jatuh ke $299.

Akhirnya, Xbox 360 Elite juga telah dikonfigurasikan dengan hard disk drive 250 GB dan 2 kontroler wayarles dalam edisi terhad. Model ini boleh dianggap sebagai versi Elite Super dengan harga $399, pada 10 November 2009. Model ini akan merangkumi item download eksklusif untuk digunakan dengan Xbox 360 avatar.

Post by Billy Liew

No comments:

Post a Comment

Return to Top